Ahad, 30 Disember 2012

Hai-hai 2013 :)

                                                       -ASSALAMUALAIKUM W.B.T.-



Hai semua...sorry sangat2 sebab dah lama tak update blog ni.Dah bersawang banyak dah..Banyak sangat masalah yang tak dapat dielakkan..he3...:D

Pejam celik-pejam celik dah nak habis tahun 2012...hmmmmmmmm sedihnya...he3... hidup mesti diteruskan.Esok dah nak berangkat ke tahun baru...SELAMAT TAHUN BARU anis ucapkan...Mesti masing-masing dah pasang azam tahun baru kan??? Anis pun sama..:P

Berikut azam anis tahun 2013:



1.Nak dapat 10 A's dalam SPM 2013 :)

Tahun 2013 nanti anis ambil peperiksaan SPM,so kena usaha kuat untuk gengam 10 A's tu...Mungkin anis akan tinggalkan dunia facebook,twitter dan blogging untuk sementara waktu...Kata orang kalau nak mencapai sesuatu tu perlukan pengorbanan...so terpaksa la anis berkorban untuk merealisasikan harapan ibu dan ayah anis...Doakan anis dan kawan-kawan agar berjaya dalam SPM 2013 nanti...:)

2.Nak badan bak kerengga :)

Hahaha...sebenarnya anis dah banyak kali berazam nak kuruskan badan,tapi tak berjaya nak laksanakan.So untuk tahun 2013 ni nak kurangkan sikit berat badan nih...i will try...:)



3.Nak jadi talkative :)

Tahun lepas(2012) anis ni berat mulut sikit.Cikgu tanya baru jawab.Sampai guru kelas sendiri tak ingat nama anis.he3..:D So,tahun 2013 anis nak jadi talkative. Harap-harap tak berat mulut lagi...:)


4.Nak aktif dalam sukan :)

Tahun 2013 anis nak aktif dalam sukan.Tahun lepas anis kurang sikit libatkan diri dalam sukan,tu sebab berat badan anis naik..he3 :) Mungkin anis akan start aktif dalam sukan balik..:)

5.Nak jadi manusia yang berguna :)

Tahun 2013,anis nak jadi anak yang baik yang taat pada perintah Allah serta ibu dan ayah.Mungkin kurangkan sikit sikap degil dan ego tu.i will try my best.Doakan ya! :)


Tu saja azam anis..harap anis dapat realisasikan azam anis ni.Hope so...Walaupun dah cakap dah masa mula-mula tadi tapi anis nak cakap sekali lagi Happy New Year Everyone! he3...ok la bye semua..nanti kalau ada masa anis kongsikan lagi cerita dengan korang semua ok.

                                                    -ASSALAMUALAIKUM W.B.T-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan